Review Local Lip Sleeping Mask – Fahero Lip Sleeping Mask. Lagi best dari Kbeauty.

FAHERO LIP SLEEPING MASK

“Sungguh. Sungguh tak ku sangka. Sungguh tak ku duga. Jenama tempatan punya kualiti setanding malah rasanya lebih bagus dari jenama antarabangsa!”



Nik tak banyak sangat explore tentang lip sleeping mask ni. The only lip sleeping mask yang Nik pernah cuba sebelum ni cuma Kbeauty je, brand Laneige. Tapi bila Herry Rozular , founder of Fahero bagi peluang dekat Nik untuk cuba their best selling lip care, I didn’t hesitated to accept the offer.

Actually dah lama dah up review ni tapi Nik nak test dulu in few circumstances. Nik dah cuba use it alone, on top of liquid matte, as a lip gloss, bila bibir menggelupas sebab bibir tak serasi dengan lipstick dan macam-macam situasi lagi. Overall, I really impressed dengan kelebihan yang ada pada Fahero Lip Sleeping Mask ni.

Fahero Lip Sleeping Mask ini diperkaya dengan kebaikkan dari Minyak Bunga Matahari, Minyak Zaitun dan juga Vitamin E. Bahan-bahan ini amat terkenal dengan khasiat dalam membekalkan kelembapan kepada kulit. Fahero Lip Sleeping Mask juga mengandungi Shea Butter yang mana bahan ini amat terkenal dalam memberi khasiat dan melembutkan bibir.

Fahero Lip Sleeping Mask ni versatile tau Bukan sahaja boleh digunakan sebagai intense lip care ketika waktu tidur, tapi boleh juga digunakan sebagai daily lip balm and sometimes Nik wear it as my lip gloss. Ya… Nik pakai juga sebagai daily lip balm and lip gloss. That’s why Nik cakap Fahero Lip Sleeping Mask ni versatile.



Untuk daily lip balm, just apply thinly je. Kalau nak pakai as lip gloss, boleh apply diatas lipstick kegemaran or wear it alone sebab Fahero Lip Sleeping Mask akan berikan look pinkish lips gitu. Tengoklah warna lip sleeping mask ni, warna sweet pink.



My lips kadang-kadang akan jadi menggelupas berkeruping jika pakai lipstick yang tak serasi. Everytime bibir jadi macam tu, Nik akan apply dulu Fahero Lip Sleeping Mask ni nipis² then baru apply lipstick. Cara ni akan elakkan bibir menggelupas dan menjadikan warna lipstick yang dipakai nampak lebih smooth.



Fahero Lip Sleeping Mask bukan sahaja membantu untuk melembabkan bibir, malah kalau guna secara consistent, bibir akan nampak lebih penuh, nampak segar dan mungil.



Texture Lip Sleeping Mask agak pekat tapi sedikit meleleh dan creamy. Bau manis strawberry yang memikat selera. Jangan pula pergi jilat bibir masa sapu lip sleeping mask ni 😂. Packaging dalam bentuk tube dengan cap jenis flip. Hygenic terjaga dan mudah digunakan. Cuma calit sikit dekat jari dan apply. Kalau nak guna spatula bibir pun bagus juga. I don’t have so I don’t use it.



Tak perlu sapu banyak pun. Dalam saiz sebutir kacang merah pun dah cukup dah. 1 tube ni boleh tahan berbulan-bulan.

Period After Opening untuk Fahero Lip Sleeping Mask ni adalah 12M. Cukup lama untuk digunakan hingga habis. Kalau guna setiap hari, 6 bulan dah habis dah.

Penutup Fahero Lip Sleeping Mask ni jenis flip cap yang kemas dan bertutup rapi. Tak perlu risau leaking atau sebagainya.

Produk Fahero Lip Sleeping Mask ni you guys boleh dapatkan dari mana-mana agen Fahero atau search je dekat shopee.

Harga untuk Fahero Lip Sleeping Mask ini adalah RM39.00 untuk 15ml. Harga tidak termasuk cas penghantaran.

Jom la kita sama-sama sokong barangan buatan anak Malaysia. Kalau bukan kita yang support, siapa lagikan.

Published by itsniknazirah

Love to share about skincare, food, beauty and life.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started