Bila lalu jalan di lebuhraya, Nik selalu nampak papan iklan gergasi Bluebell ni. Mula-mula tengok rasa macam biasa-biasa sahaja tapi lama-lama nampak macam menarik je (begitu hebat kuasa iklan tanpa bunyi dan suara ini. Hanya sekeping gambar sahaja, lama kelamaan mampu menarik perhatian).
Nik jadi tertanya-tanya, hebatkah produk penjagaan kulit jenama tempatan ini? Berkesankah bila digunakan? Dalam hati Nik rasa ingin cuba produk penjagaan kulit ini suatu hari nanti. Kita harus sokong jenama tempatan kita. Kalau bukan kita siapa lagi bukan.
Impian jadi kenyataan bila beberapa bulan lepas, pihak Bluebell melamar dan menawarkan Nik untuk mencuba set penjagaan kulit mereka. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang, Nik terima dengan tangan terbuka. Orang-orang tua kata kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.
Set penjagaan kulit Bluebell merangkumi 5 produk iaitu:
1. Cleanser with Salicylic Acid & Glycolic Acid 60ml
2. Hydrating Face Mist 60ml
3. Radiance Serum 30ml
4. Daily Defence Moisturiser with SPF30 PA+++ 30ml
5. Night Moisturiser 30ml
Bluebell Skincare telah menjalani ujian dengan pihak SIRIM QAS INTERNATIONAL Sdn Bhd.
Selain itu Bluebell Skincare juga telah diakui dan disahkan HALAL oleh pihak JAKIM MALAYSIA. Oleh itu, bolehlah guna tanpa rasa was-was.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama Bluebell ini, boleh la melayari laman web rasmi Bluebell https://bluebell-halal.com/
Setelah mencuba kesemua produk dari Bluebell ini, dan rasa berpuas hati, Nik rasa inilah masanya untuk Nik membuat review kesemua produk penjagaan kulit dari Bluebell ini.
BLUEBELL CLEANSER WITH SALICYLIC ACID + GLYCOLIC ACID 60ml
Pencuci muka merupakan langkah pertama dalam penjagaan kulit. Ianya merupakan langkah asas dalam penjagaan kulit. Seperti mana yang kita tahu, dalam rutin penjagaan kulit asas terdapat 3 langkah iaitu MENCUCI, MELEMBAB DAN PERLINDUNGAN.
Sebab itulah, pencuci muka ni wajib ada. Pencuci muka bertindak untuk membersihkan kulit dari debu dan kotoran, lebihan sebum, sisa-sisa pencemaran udara yang melekat pada kulit dan membersihkan kulit dari sisa bahan kosmetik seperti mekap ataupun sunscreen.
Bluebell Cleanser With Salicylic Acid and Glycolic Acid merupakan pencuci muka jenis exfoliating. Menggunakan salicylic acid dan glycolic acid sebagai bahan exfoliasi kulit. Walaupun mengandungi acid, namun ianya amat lembut pada kulit. Pencuci ini bertindak dengan mengeksfolisi kulit secara lembut namun berkesan.
Description/Claims❓:
Bluebell Cleanser a gentle exfoliating cleanser that is suitable for all skin types to help deeply clean the skin. Bluebell Cleanser contains Salicylic Acid (1%) & Glycolic Acid that help penetrates pores to help reduce blackheads, dead skin cells, acne and prevent future breakouts without blocking pores resulting in a clear and healthy looking skin naturally.
Skin will always look clean, radiant and non-greasy. Suitable for all skin types (oily, dry, combination & sensitive)
Price❓:️RM30
Where to buy❓: website Bluebell
https://bluebell-halal.com/product/bluebell-cleanser-60ml/
Texture ❓: Gel cair
Colour ❓: Hijau kekuningan
Scent❓: Berbau sedikit herba.
Packaging❓: Botol plastik tebal warna putih dengan penutup jenis flip.
Full Ingredients List❓:
Aqua, Cellulose, Glycerin, Sodium Cocoyl Isethionate, Propylene Glycol, Betaine, Salicylic Acid, Hamamelis Virginiana-Witch Hazel Extract, Lactic Acid, Glycolic Acid, Triclosan, BHT, Fragrance, Ci 77491, Imidazolidinyl Urea.
Key Ingredient(s)❓:
Anti-acne: Salicylic Acid
Antioxidant: Hamamelis Virginiana-Witch Hazel Extract
Exfoliant: Salicylic Acid, Lactic Acid, Glycolic Acid
Skin-identical ingredient: Glycerin
Soothing: Salicylic Acid, Hamamelis Virginiana-Witch Hazel Extract
Antimicrobial/antibacterial: Hamamelis Virginiana-Witch Hazel Extract
Surfactant/cleansing: Sodium Cocoyl Isethionate
Usage(s)❓:
Pencuci muka ni boleh digunakan setiap hari. Malah selamat untuk digunakan 2 kali sehari. Caranya mudah je. Tuang secukup pencuci muka ke atas tapak tangan dan campur sedikit air dan buihkan. Urut pada muka dengan gerakan berputar selama 1 minit. Kemudian bilas bersih.
#NikAcuCubaTryTest:
Masa mula-mula nak pakai Bluebell Cleanser With Salicylic Acid & Glycolic Acid ni, Nik cuak juga sebab kulit Nik masa tu tengah meragam. Kalau boleh nak elak menggunakan produk skincare yang mengandungi mana-mana exfoliation acid. Tapi bila yakinkan diri yang acid sebenarnya bagus untuk kulit yang breakout. Lagipun, acid dalam cleanser tak sempat nak bertindak secara intensive seperti serum. Jadi, Nik yakinkan diri untul cuba.
Selepas beberapa hari mencuba, Nik dapati, masalah jerawat beransur pulih. Kulit yang nampak merah-merah, dah tak nampak obvious sangat. Jerawat juga mulai kecut sikit demi sedikit.
Tekstur cleanser jenis gel yang mudah untuk disebatikan dengan air, berbuih halus, gebu,mewah dan lembut. Bagi yang sukakan pencuci muka berbuih mewah, korang patut cuba Bluebell Cleanser With Salicylic Acid & Glycolic Acid ni.
Selain itu juga, cleanser ni juga mudah untuk dibersihkan tanpa meninggalkan rasa film-y atau seperti ada lapisan pada kulit. Namun tidak juga membuatkan kulit rasa seperti squeaky clean.
Walaupun cleanser ini mengandungi 2 jenis acid, namun ianya tidak membuatkan kulit rasa kering, ketat atau tegang selepas menggunakannya. Malahan, kulit rasa lembut lagi halus je lepas tu.
Suitable for❓:
Pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Recommendation❓:
Pencuci muka ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, whitehead, blackhead.
Rating❓: 5/5
Bluebell Hydrating Face Mist With Witch Hazel & Aloe Vera 60ml
Bila sebut face mist, ramai akan membayangkan semburan halus yang akan segera melembabkan kulit ketika cuaca panas. Selalunya, ramai yang akan menyangkakan yang face mist ni cuma memberikan light hydration je. Tapi tak ramai yang tahu, bahawa face mist juga boleh menggantikan fungsi toner.
Description/Claims❓:
Bluebell Hydrating Face Mist is infused with the skin nourishing goodness of Witch Hazel & Aloe Vera which keep skin healthy looking and hydrated. It can be used as a toner after cleansing or as often as required during the day to keep the skin feel fresh and revitalised. Stay Moisturised, fresh-faced and keep your make up in place for a quick dewy boost and glow.
Price❓: RM39
Where to buy❓: website Bluebell – https://bluebell-halal.com/product/bluebell-hydrating-face-mist-60ml/
Texture ❓: Cair
Colour ❓: Jernih
Scent❓: fresh herbal-ish
Full Ingredients List❓:
Water, Butylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, C12-15 Pareth-12, Glycerin, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Leaf Water, Hydroxyacetophenone, Bisabolol, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Citric Acid, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Maltodextrin, Tocopheryl Acetate, Licorice Root Extract, Pyrus Malus (Apple) Fruit Extract, Hydrolyzed Collagen
Key Ingredient(s)❓:
Antioxidant: Tocopheryl Acetate
Skin brightening: Licorice Root Extract
Skin-identical ingredient: Glycerin
Soothing: Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Leaf Water, Bisabolol, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Licorice Root Extract
Antioxidant: Hydroxyacetophenone
Emollient: Hydrolyzed Collagen
Moisturizer/humectant: Butylene Glycol, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Pyrus Malus (Apple) Fruit Extract, Hydrolyzed Collagen
Preservative: Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin
Usage(s)❓:After cleansing, close eyes and mouth and mist over dry face and neck to hydrate and freshen the skin. Can be used as often as required during the day for a dewy glow.
#NikAcuCubaTryTest:
Nik suka sangat dengan Bluebell Hydrating Face Mist sebab ianya bukan sahaja face mist tapi juga boleh digunakan sebagai toner sebab face mist so hydrating. Mula-mula ingatkan macam face mist yang selalu Nik guna tapi rupanya tidak. Bluebell Hydrating Face Mist juga best kerana Nik tak perlu spray banyak kali. Sekadar 2 atau 3 kali semburan dah cukup untuk whole face. Semburan face mist yang lebar dan sekata. Dalam face mist ni juga mengandungi beberapa bahan humectant seperti Butylene Glycol, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan Apple Fruit Extract yang akan membekalkan hidrasi kepada kulit.
Selain itu juga, Bluebell Hydrating Face Mist juga pantas menyerap ke dalam kulit tanpa ada rasa melekit.
Suitable for❓: Semua jenis kulit
Recommendation❓: Bagi mereka yang mahukan produk 2 dalam 1. Toner dan juga face mist.
Rating❓: 4/5
Bluebell Radiance Serum Enriched with Hyaluronic Acid & Vitamin E 30ml
Seterusnya kepada langkah penjagaan kulit yang lebih intensif iaitu serum. Serum merupakan antara produk penjagaan kulit yang paling Nik suka kerana serum merupakan produk skincare yang lebih potent berbanding dengan produk lain.
Serum merupakan produk penjagaan kulit dalam kategori essential atau keperluan. Nak pakai boleh taknak pakai pun tak ada masalah. Namun, jika mahukan penjagaan kulit yang lebih terjaga, masukkan serum dalam rutin penjagaan kulit harian.
Bluebell Radiance Serum Enriched with Hyaluronic Acid & Vitamin E ni adalah hydrating serum yang bertindak membekalkan hidrasi kulit secara intensive. Selain daripada mengandungi hyaluronic acid, Bluebell Radiance Serum juga diperkaya dengan Vitamin E, Kojic Acid, Licorice dan Stem Cells.
Description/Claims❓:
Serum formulated to enhance the beauty of the face internally and naturally. These formulas from “Hyaluronic” (new packaging), “Licorice” and “Kojic Acid” and “Vitamin E” can also help brighten your skin as well as slow down the aging process and remove acne scars and freckles.
Bluebell Radiance Serum is formulated with Hyaluronic Acid, Vitamin E, Kojic Acid, Licorice and Stem Cells to give the skin a water-clear radiance. This serum, acts as a booster with plumping effect to decelerate the aging process and decrease the visibility of fine lines and wrinkles. It also unify skin tone and lighten dark spots caused by age, sun or acne scarring.
Price❓: RM79 untuk 30ml, RM38 untuk 10ml
Where to buy❓: website Bluebell
https://bluebell-halal.com/product/bluebell-radiance-serum-30ml/
Texture ❓: cair
Colour ❓: jernih cerah
Scent❓: baby powder like scent
Packaging❓: Botol kaca warna biru gelap dengan glass dropper.
Full Ingredients List❓:
Aqua, Carbomer, Cellulose, Glycerin, Menthol, Alcohol Denat, Triethanolamine, Kojic Acid, Lactic Acid, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Salicylic Acid, Propolis Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Tocopheryl Acetate, Hydrolyzed Soy Protein, Collagen, Sodium Hyaluronate, Argan Oil, PEG-8 Ester , Aloe Barbadensis Leaf Extract, Imidazolidinyl Urea.
Key Ingredient(s)❓:
Anti-acne: Salicylic Acid
Antioxidant: Kojic Acid, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Tocopheryl Acetate, Argan Oil
Exfoliant: Lactic Acid, Salicylic Acid
Skin brightening: Kojic Acid, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract
Skin-identical ingredient: Glycerin, Sodium Hyaluronate
Soothing: Menthol, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Salicylic Acid, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract
Antimicrobial/antibacterial: Alcohol Denat, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract
Emollient: Argan Oil, Aloe Barbadensis Leaf Extract
Moisturizer/humectant: Glycerin, Lactic Acid, Hydrolyzed Soy Protein, Collagen, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Extract.
Usage(s)❓:
Wash and pat skin dry. Apply small amount of Bluebell Radiance Serum to face, neck and decollete. Allow to dry before applying Bluebell Night Moisturiser. Even direction tulis lepas pakai serum, pakai night moisturiser tapi Nik tetap pakai juga serum ni siang hari. 3 ke 4 drops dah cukup dah.
#NikAcuCubaTryTest:
Dalam serum ni ada Menthol dan bagi kulit yang jenis mudah sensitised atau skin dia tak boleh bertoleransi dengan Menthol, Nik nasihatkan untuk skip pakai serum yang ada essential oil ketika skin barrier kulit masih lagi belum pulih. Just my 2 cent. Tapi kalau skin tak ada masalah mudah iritasi, boleh je nak guna macam biasa.
Tekstur Bluebell Radiance Serum yang cair, ringan dan cepat meresap ke dalam kulit tanpa ada meninggalkan kesan melekit atau berminyak. Cukup selesa pada kulit dan tak buat kulit rasa berat.
Selain itu juga, Bluebell Radiance Serum ni best sebab mengandungi Kojic Acid dan Licorice Extract. 2 bahan ni sememangnya powerful ingredients yang dapat menolong dalam mencerahkan kulit, memudarkan parut gelap disamping memudarkan bintik-bintik hitam. Selain itu juga, Bluebell Radiance Serum juga mengandungi banyak ramuan humectant seperti Glycerin, Lactic Acid, Hydrolyzed Soy Protein, Collagen, Sodium Hyaluronate dan Aloe Barbadensis Leaf Extract, menjadikan serum ini bukan sahaja untuk mencerahkan kulit namum untuk menghidrasikan kulit.
Pada mulanya Nik tak perasan pun tapi bila ambik gambar, baru perasan yang parut jerawat breakout tahun lepas nampak pudar. Dah tak nampak obvious sangat. Kira bonus la.
Rating❓: 4/5
Bluebell Daily Defence Moisturiser 30ml
With SPF 30 PA+++
Jarang nak jumpa produk penjagaan kulit dari jenama tempatan yang boleh bertindak sebagai pelembab dan juga sebagai sunscreen. Kalau ada pun, tidak menepati criteria dan citarasa Nik.
Actually memang boleh pelembab berSPF dijadikan sebagai pelindung tabir suria atau mudah disebut sebagai sunscreen ni. Asalkan jumlah product yang hendak dipakai tu mencukupi atau sama banyak dengan jumlah saranan sunscreen yang harus dipakai. Tapi ada sesetengah produk, bila disapu dengan banyak, ianya akan buat kulit rasa tidak selesa.
Description/Claims❓:
Gently formulated for daily moisturising. This quick absorbing, lighweight Bluebell Daily Defence Moisturiser offers SPF 30 PA+++ protection to help buffer your skin against damage and premature ageing by the sun’s UV rays.
Price❓: RM60 untuk 30ml, RM37 untuk 15ml
Where to buy❓: website Bluebell https://bluebell-halal.com/product/bluebell-daily-defence-moisturiser-30ml/
Texture ❓: thick cream
Colour ❓: putih
Scent❓: no obvious scent
Packaging❓: airless pump bottle
Full Ingredients List❓:
Aqua, Carbomer, Cellulose, Glycerin, Menthol, Alcohol Denat, Triethanolamine, Kojic Acid, Lactic Acid, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Salicylic Acid, Propolis Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Tocopheryl Acetate, Hydrolyzed Soy Protein, Collagen, Sodium Hyaluronate, Argan Oil, PEG-8 Ester , Aloe Barbadensis Leaf Extract, Imidazolidinyl Urea, Aqua, Titanium Dioxide, Hydrogenated Polydecene, Alumina, Stearic Acid, Hydroxystearic Acid, Phenyl Trimethicone, Butylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Benzophenone-3, Phospholipids, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Cocoyl Adipic Acid/Trimethylolpropane Copolymer, Sclerotium Gum, Cetearyl Alcohol, Coco-Glucoside, C14-22 Alcohols, C12-20 Alkyl Glucoside, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Cyclomethicone, Polyacrylate-13, Polyisobutene, Polysorbate 20, Xanthan Gum, Caprylyl Glycol, Glucose, Carrageenan (Chondrus Crispus), Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Rosmarinus Officinalis Leaf Extract, Centella Asiatica Extract, Chamomilla Recutita Flower Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Potassium Cetyl Phosphate, Phenoxyethanol, Dimethicone, Maris Aqua, Cucurbita Pepo (Pumpkin) Seed Extract, Citric Acid, Potassium Sorbate, Pentylene Glycol, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Ethylhexylglycerin, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Disodium EDTA, Triethanolamine, Fragrance
Key Ingredient(s)❓:
•Anti-acne: Salicylic Acid
••Antioxidant: Kojic Acid, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Tocopheryl Acetate, Argan Oil, Camellia Sinensis Leaf Extract, Rosmarinus Officinalis Leaf Extract, Centella Asiatica Extract, Chamomilla Recutita Flower Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract
•Exfoliant: Lactic Acid, Salicylic Acid
••Skin brightening: Kojic Acid, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract
•Skin-identical ingredient: Glycerin, Sodium Hyaluronate, Phospholipids
••Soothing: Menthol, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Salicylic Acid, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Rosmarinus Officinalis Leaf Extract, Centella Asiatica Extract, Chamomilla Recutita Flower Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid
•Sunscreen: Titanium Dioxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Benzophenone-3
••Antimicrobial/antibacterial: Alcohol Denat, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, C12-15 Alkyl Benzoate, Rosmarinus Officinalis Leaf Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract
•Colorant: Titanium Dioxide
••Emollient: Argan Oil, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Hydrogenated Polydecene, Stearic Acid, Phenyl Trimethicone, Phospholipids, C12-15 Alkyl Benzoate, Cetearyl Alcohol, Cyclomethicone, Caprylyl Glycol, Dimethicone
•Moisturizer/humectant: Glycerin, Lactic Acid, Hydrolyzed Soy Protein, Collagen, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Butylene Glycol, Cyclomethicone, Caprylyl Glycol, Glucose, Centella Asiatica Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Maris Aqua, Pentylene Glycol
••Perfuming: Hydrogenated Polydecene, Fragrance
•Preservative: Salicylic Acid, Imidazolidinyl Urea, Phenoxyethanol, Potassium Sorbate, Ethylhexylglycerin
Usage(s)❓:
Apply Bluebell Daily Defence Moisturiser to face and neck in the morning. For sunscreen purpose, apply generously 15 minutes before sun exposure and reapply every 2 hours.
Nik suka guna Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++ dengan 2 cara; sebagai pelembab siang hari dan juga semasa reapply sunscreen.
#NikAcuCubaTryTest:
Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++ merupakan pelembab juga sunscreen. Teksturnya pekat berwarna putih, namun terasa ringan bila disapu pada kulit. Tidak berbau wangi walaupun dalam ingredients list ada fragrance. Bila disapu pada kulit, pelembab ini mudah untuk diratakan.
Dari segi whitecast, Bluebell Daily Defence Moisturiser
With SPF 30 PA+++ mempunyai sedikit kesan whitecast. Kesan putih ni kalau letak pada skala 1 hingga 10, ianya berada pada skala 1. Memang sedikit sangat kesan whitecast itu. Jadi mereka yang berkulit gelap, tak perlu risau atau takut untuk mencuba Bluebell Daily Defence Moisturiser
With SPF 30 PA+++ kerana ianya tidak akan buatkan muka nampak kelabu. Kesan whitecast ni datang daripada bahan Titanium Dioxide.
Selama tempoh Nik try Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++ ni, tak kira diwaktu cuaca panas mahupun sejuk, ianya selesa pada kulit. Tak buatkan kulit nampak berminyak atau rasa greasy bila berpeluh. Finishing Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++ ni jenis semi matte. Skin tak nampak too matte atau too dewy. Oily skin definitely love it!
Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++ juga mengandungi 3 element yang perlu ada didalam pelembab iaitu HUMECTANT, EMOLLIENT DAN OCCLUSIVE seperti yang terdapat dalam senarai Key Ingredients diatas.
Nik suka guna Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++ as sunscreen reapplication. SPF30 sudah cukup untuk digunakan dalam keadaan cuaca di Malaysia ini. Tambahan pula, Nik banyak meluangkan masa di rumah sahaja. Jadi SPF30 sudah memadai. Bluebell Daily Defence Moisturiser juga turut dilengkapi dengan perlindungan bukan sahaja dari sinar UVB malah dari sinar UVA.
Suitable for❓: Semua jenis kulit namun pastikan periksa dahulu ingredients.
Recommendation❓: Pada yang mencari pelembab yang ringan, tidak berminyak, boleh dijadikan pelembab + sunscreen dalam masa yang sama.
Rating❓: 4/5
Bluebell Night Moisturiser With Vitamin C, Stem Cell & Collagen 30ml
Daripada 5 product daripada Bluebell yang Nik cuba ni, ada 1 je yang Nik tak berapa gemar iaitu Bluebell Night Moisturiser With Vitamin C, Stem Cell & Collagen ni. Nik cuba untuk suka namun tak dapat. Truly sorry.
Nak tahu sebab apa? Teruskan baca review Nik.
Description/Claims❓:
Bluebell Night Moisturiser is enriched with Stem Cells & Collagen and packed with Vitamin C.
Extracted from plants, the Stem Cells are effective anti-aging agents that stimulate the production of new skin cells.
This process helps reduce pigmentation and preserves the skin’s elasticity, making it look firm and supple.
Price❓: RM42 untuk 15ml, RM65 untuk 30ml
Where to buy❓: website Bluebell – https://bluebell-halal.com/product/bluebell-night-moisturiser-30ml/
Texture ❓: krim pekat namun sedikit ringan daripada Bluebell Daily Defence Moisturiser With SPF 30 PA+++
Colour ❓: putih
Scent❓: subtle scent
Packaging❓: airless pump bottle
Full Ingredients List❓:
Aqua, Glycerin, PEG-5 Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol, Carbomer, Propylene Glycol, Triethanolamine, Menthol, Fragrance, BHT, Panthenol, Collagen, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Tocopheryl Acetate, Propolis Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract, Sodium Hyaluronate, Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, Imidazolidinyl Urea
Key Ingredient(s)❓:
Antioxidant: Tocopheryl Acetate
Skin brightening: Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract
Skin-identical ingredient: Glycerin, Sodium Hyaluronate
Soothing: Menthol, Panthenol, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract
Antioxidant: BHT
Emollient: Cetyl Alcohol, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Caprylyl Glycol
Emulsifying: PEG-5 Glyceryl Stearate, Cetyl Alcohol
Moisturizer/humectant: Glycerin, Propylene Glycol, Panthenol, Collagen, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Sodium Hyaluronate, Caprylyl Glycol
Usage(s)❓:
Wash and pat skin dry. Apply Bluebell Night Moisturiser evenly to face, neck and decollete. For better result, use it with Bluebell Radiance Serum.
Nik selalu ambil dalam 1 atau 2 pump dan ianya dah cukup untuk seluruh muka dan leher Nik. Bahagian leher jangan lupa sapu juga ya.
#NikAcuCubaTryTest:
Nikvtry untuk suka dengan night Moisturiser ni tapi Nik tak mampu untuk tipu kulit sendiri. Walaupun best tapi effect Menthol dalam night moisturiser ni buat kulit Nik mudah iritasi.
Tak seperti mana pelembab malam jenama lain yang pernah Nik cuba, tekstur Bluebell Night Moisturiser With Vitamin C, Stem Cell & Collagen Nik suka sebab ianya ringan, tak berminyak, tak rasa berat pada kulit.
Terasa sedikit berangin pada kulit selepas pemakaian. Ini kerana dalam night moisturiser ni mengandungi Menthol. Namun begitu, bau wangi Menthol agak kuat. Agak menusuk hidung ketika pemakaian. Rasa berangin tu kadang-kadang lembut, namun kadang-kadang rasa seperti menggigit kulit.
Tapi yang bestnya, Bluebell Night Moisturiser With Vitamin C, Stem Cell & Collagen ni cepat meresap kedalam kulit.Tak ada rasa melekit, berminyak atau berat pada kulit. Totally rasa seronok bila disentuh
Bila dah lama pakai, Nik perasan yang skin rasa makin anjal. Itu sebab Nik ambik masa yang agak lama untuk Nik buat review keseluruhan produk Bluebell ni.
Kulit Nik jenis oily to acne prone skin. Jadi bila perlu pakai acne treatment, Nik kena elakkan pakai Bluebell Night Moisturiser With Vitamin C, Stem Cell & Collagen ni sebab pernah beberapa kali, kulit muka Nik kemerahan keesokkan paginya bila Nik sapu acne treatment selepas sapu Bluebell Night Moisturiser With Vitamin C, Stem Cell & Collagen ni. Jadi bila kulit kemerahan, ambil masa lagi untuk repair skin barrier semula.
Suitable for❓: semua jenis kulit namun periksa dahulu ingredients.
Recommendation❓: kepada yang mahukan penjagaan kulit anti penuaan dan anti-oxidant
Rating❓: 3/5
Product provided by Bluebell for review purpose.
Disclaimer: All reviews are based on my experience and reaction from my skin. Take note that what might benefit for my skin may not for your skin. Our skin are different. YMMV